Friday, 9 December 2011

Matematik - Penambahan Abakus


PENAMBAHAN ABAKUS & ARITMETIK MENTAL

Mengandungi 4 kemahiran tambah iaitu tambah terus, kombinasi 5, kombinasi 10 dan gabungan kombinasi.

Di bawah merupakan gambarajah bagi nombor tambah terus, kombinasi 5, kombinasi 10 dan gabungan kombinasi.


1. Tambah terus : nombor yang ditambah terus seperti 1 + 1, 3 + 5 dan seterusnya.
    
    Latihan : 
                  a) 314 + 35 =
                  b) 405 + 12 =

 2. Kombinasi 5 : manik bawah tidak mencukupi untuk digerakkan ke palang pemisah.   
                           Jadi, kombinasi dua nombor menjadikan jawapan 5 seperti 2 + 3, 4 + 1   
                           dan seterusnya digunakan. 
     Latihan :
                  a) 544 + 125 =
                  b) 612 + 253

3. Kombinasi 10 : manik atas dan manik bawah tidak mencukupi untuk digerakkan ke palang                                  pemisah. Jadi, kombinasi dua nombor menjadikan jawapan 10 seperti 
                            2 + 8, 3 + 7 dan seterusnya.
    Latihan :
                  a) 582 + 245 =
                  b) 631 + 289 =

4. Gabungan kombinasi : kombinasi 5 dan 10. Digunakan apabila manik tidak mencukupi   
                                        untuk membuat operasi tambah.
    Latihan :
                  a) 471 + 689 =
                  b) 787 + 667 =


Video dibawah menunjukkan cara penambahan dua nombor bagi nombor 2 digit, di dalam bahasa indonesia. Walaubagaimanapun, ia senang difahami. Lihat pergerakan manik.



Video di bawah pula menunjukkan contoh penambahan dua nombor bagi nombor 4 digit di dalam bahasa inggeris. Lihat pergerakan manik tersebut.




2 comments:

  1. Salam. Untuk penambahan, saya fikir masih boleh diikuti. Bila dah ade 'kumpul' kena fikir untuk tolak naik manik sebelah dan turun manik...

    ReplyDelete
  2. Ye memang benar. Kita kena tahu manik mana yang perlu dinaikkan dan yang mana perlu diturunkan. Juga perlu lihat kepada tiang rumah itu.

    ReplyDelete