Friday 9 December 2011

Matematik - Pembahagian Abakus


PEMBAHAGIAN ABAKUS & ARITMETIK MENTAL

Dalam pembahagian abakus, terdapat 4 asas pengiraan seperti masteri tambah dan tolak, penguasaan fakta asas darab, penguasaan fakta asas bahagi dan kedudukan meletakkan hasil darab di abakus.


Di bawah merupakan video pembahagian abakus. Lihat dengan teliti cara pembahagian dibuat.



Matematik - Pendaraban Abakus


PENDARABAN ABAKUS & ARITMETIK MENTAL

Terdapat 3 asas dalam pendaraban abakus. Antaranya ialah masteri tambah dan tolak, penguasaan fakta asas darab dan kedudukan meletakkan hasil darab di abakus.


Video di bawah menunjukkan cara pendaraban menggunakan abakus dibuat. Lihat penerangan dalam video ini.




Matematik - Penolakan Abakus


PENOLAKAN ABAKUS & ARITMETIK MENTAL


Mengandungi 4 kemahiran tolak iaitu tolak terus, kombinasi 5, kombinasi 10 dan gabungan kombinasi.

Di bawah merupakan gambarajah bagi nombor tolak terus, kombinasi 5, kombinasi 10 dan gabungan kombinasi.



1. Tolak terus : manik di setiap tiang mencukupi untuk digerakkan bagi mendapatkan 
                        jawapan.
    Latihan : 
                  a) 334 - 21 =
                  b) 485 - 32 =


 2. Kombinasi 5 : manik bawah tidak mencukupi untuk ditolak tetapi manik atas cukup ditolak.

     Latihan :
                   a) 544 - 132 =
                   b) 892 - 252 =

3. Kombinasi 10 : manik bawah  dan manik atas tidak mencukupi untuk ditolak.
   
    Latihan :
                  a) 228 - 19 =
                  b) 620 - 285 =

4. Gabungan kombinasi : kombinasi 5 dan 10. Digunakan apabila manik pada tiang tidak    
                                        mencukupi untuk menjalankan operasi tolak.
    Latihan :
                  a) 534 - 7 =
                  b) 987 - 568 =

Video di bawah menunjukkan penolakan dua nombor bagi nombor 2 digit dan 1 digit.



Video di bawah menunjukkan cara bagaimana penolakan dua nombor bagi nombor 3 digit dilakukan. Saksikan.




Matematik - Penambahan Abakus


PENAMBAHAN ABAKUS & ARITMETIK MENTAL

Mengandungi 4 kemahiran tambah iaitu tambah terus, kombinasi 5, kombinasi 10 dan gabungan kombinasi.

Di bawah merupakan gambarajah bagi nombor tambah terus, kombinasi 5, kombinasi 10 dan gabungan kombinasi.


1. Tambah terus : nombor yang ditambah terus seperti 1 + 1, 3 + 5 dan seterusnya.
    
    Latihan : 
                  a) 314 + 35 =
                  b) 405 + 12 =

 2. Kombinasi 5 : manik bawah tidak mencukupi untuk digerakkan ke palang pemisah.   
                           Jadi, kombinasi dua nombor menjadikan jawapan 5 seperti 2 + 3, 4 + 1   
                           dan seterusnya digunakan. 
     Latihan :
                  a) 544 + 125 =
                  b) 612 + 253

3. Kombinasi 10 : manik atas dan manik bawah tidak mencukupi untuk digerakkan ke palang                                  pemisah. Jadi, kombinasi dua nombor menjadikan jawapan 10 seperti 
                            2 + 8, 3 + 7 dan seterusnya.
    Latihan :
                  a) 582 + 245 =
                  b) 631 + 289 =

4. Gabungan kombinasi : kombinasi 5 dan 10. Digunakan apabila manik tidak mencukupi   
                                        untuk membuat operasi tambah.
    Latihan :
                  a) 471 + 689 =
                  b) 787 + 667 =


Video dibawah menunjukkan cara penambahan dua nombor bagi nombor 2 digit, di dalam bahasa indonesia. Walaubagaimanapun, ia senang difahami. Lihat pergerakan manik.



Video di bawah pula menunjukkan contoh penambahan dua nombor bagi nombor 4 digit di dalam bahasa inggeris. Lihat pergerakan manik tersebut.




Matematik - Pengenalan Abakus



ABAKUS 
 
Abakus ialah suatu alat komunikasi bermanik yang digunakan untuk mengira. Abakus juga 
merupakan suatu model aritmetik yang konkrit lagi dinamik. Abakus juga boleh digunakan 
untuk membina kebolehan murid dalam membuat pengiraan.



PENGENALAN KEPADA ABAKUS

A) Bahagian-bahagian abakus yang kita perlu tahu.



B) Penggunaan jari dan nama jari tangan.



C) Pergerakan manik. Fungsi ibu jari, jari telunjuk dan jari hantu.
Ibu Jari : Menggerakkan manik bawah menghala ke palang pemisah.












   Jari Telunjuk : Menggerakkan manik bawah daripada palang pemisah.


  Jari Hantu : Menggerakkan manik ke atas dan jauh daripada palang pemisah.

 D) Di dalam blog ini, terdapat beberapa maklumat mengenai Abakus & Aritmetik Mental. 

Abakus 4:1
     Antaranya ialah :
     1. Penambahan
     2. Penolakan
     3. Pendaraban
     4. Pembahagian






E) Terdapat 5 Prinsip Pembelajaran Mengenai Abakus & Arirmetik Mental. 
    1. Berkomunikasi
    2. Menaakul
    3. Membuat Perkaitan
    4. Penyelesaian Masalah
    5. Membuat Perwakilan


Terdapat link dalam youtube yang sesuai dijadikan pengajaran dan pembelajaran kepada anak murid kita. Youtube di bawah sesuai dijadikan pengenalan kepada abakus. Sebagai contoh, video di bawah menunjukkan tiang rumah sa, puluh, ratus dan ribu, cara pergerakan manik dari 1 hingga 20, kiraan 5, 10 dan sebagainya.